Cerita Panas Lagi Best
Sunday, 14 July 2013
Polis Nasihat Ibu Bapa Henti Beli Mercun
KUALA LUMPUR - Polis berazam mahu mengurangkan gejala bermain dan menjual mercun yang berleluasa pada setiap perayaan Aidilfitri ekoran kecederaan, terutamanya akibat bermain mercun bola.
"Kadang kala kita lihat ada ibu bapa yang membelikan mercun kepada anaknya dan saya harap perkara seperti itu tidak berlaku lagi," kata Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof.
Katanya polis akan berkerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi menyekat penyeludupan mercun.
"Larangan bermain serta menjual mercun masih berkuatkuasa. Kami meminta kerjasama orang ramai yang tahu individu atau kedai yang menjual mercun segera membuat aduan di balai polis berdekatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan dan sesiapa yang didapati memiliki serta menjual mercun akan dikenakan tindakan tegas.
Beliau berkata hanya dua jenis mercun yang dibenarkan iaitu 'Happy Boom' dan 'Pop-pop' kerana kedua-duanya tidak berbahaya dan tidak mendatangkan kecederaan kepada pengguna.
Kini Planet Biru Ditemui
TELESKOP Angkasa Hubble berjaya menangkap imej sebuah planet berwarna biru terang yang juga julung-julung kalinya dilabelkan sebagai planet asing.
Dipetik Agensi, sekumpulan ahli astronomi yang menggunakan teleskop berkenaan berkata, planet yang dikenali sebagai HD 189733b, adalah daripada warna biru kobalt terang sama seperti warna bumi.
"Planet gergasi bergas ini mengorbit berdekatan dengan bintang panas yang bersuhu melebihi 1,000 darjah Celsius.
"Ia juga terdedah kepada pusaran angin selaju 7,000 kilometer sejam. Pada jarak 63 tahun cahaya, planet biru ini adalah salah satu penemuan baru," kata seorang saintis.
Saintis mengesahkan, warna biru pada planet tersebut bukan disebabkan pantulan lautan tropika sebaliknya ia berlaku kerana jerebu dan ruang udara yang bercampur dengan partikel silikat di merata sudut.

Subscribe to:
Comments (Atom)